Tarim & Sekitarnya, Kota Ahli Bayt dan 1001 Auliya

Kota yang boleh dikatakan satu refleksi dari doa keberkahan Baginda ﷺ pada tanah Yaman yaitu: “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan Yaman kami” – hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Kota ini didiami oleh wali-wali yang patah tumbuh hilang berganti. Wali-wali yang sebahagian besar adalah cucu-cicit Baginda ﷺ yang majoritinya kembali keturunan mereka kepada datuk mereka iaitu Sayyidina Muhajir Ila Allah Ahmad Bin Esa yang berhijrah dari kota Baghdad ke kota Yaman.

 

Buku ini memberi gambaran yang menyeluruh tentang kota yang penuh barakah dari cara kehidupan penghuninya, adat, budaya, dan keistimewaan kota Tarim yang termasuk masjid-masjid, maktabah-maktabahnya, pusat-pusat pendidikannya dan di luar Tarim. Buku ini juga menceritakan sejarah kedatangan para Ahlul-bait, tokoh-tokoh utama dari kalangan para Ahlul-bait dan cara (manhaj) dakwah mereka.

 

Dalam buku ini juga terdapat senarai nama dan tempat untuk diziarahi di Hadramout yang mana ia akan memudahkan bagi penziarah untuk menyusun perjalanan mereka sebelum ke Hadramout.

Latarbelakang Ringkas

 

Irfan Nazhan Bin Mohd Nasri

 

Asal: Kedah Darul Aman

 

Pengajian

2008 – 2012
Maahad Muhammadi Lelaki
Kota Bharu Kelantan

2013 – 2014
Rubat Fatah Seiyun Hadhramaut
Habib Muhammad Ben Agil

2015 – 2018
Tarim Hadhramaut

Sempat menimba ilmu dan bersuhbah dengan beberapa ulama Kelantan seperti;

  • Tuan Guru Hj Musa Tumpat
  • Syeikh Wazir al Makki
  • Ustaz Azri Hisyam Pasir Tumbuh
  • Baba Rohim Pondok Aur Cina
  • Baba Li
  • Syeikh Mohaizad Kelantani

dan lain-lain lagi.

 

Guru – Guru di Yaman

  • Habib Abdullah Baabud (Rubat Jufri Madinah)
    • Matan Baiquniyah
    • Matan Waraqat
    • Qawaid Fiqh
  • Syeikh Soleh Hasan Bafadhol (Rubat Tarim)
    • Kitab Muqaddimah Hadhramiyah
    • Kitab Fathul Muin (Ibadah)
    • Kitab Minhaj Imam Nawawi (Ibadah dan Permulaan Muamalat)
  • Habib Tohir al Attas
    • Syamail Muhammadi
    • Tazkiratul Mustofa
  • Syeikh Salim al Khotib (Ahli Majlis Fatwa Tarim)
    • Bulughul Maram
    • Irsyad
    • Khoridah Bahiyah
  • Dr Habib Alwi Al-Aydarus
    • Matan Waraqat

dan beberapa ulama Yaman yang lain.

 

Jawatan

  • Sewaktu di bangku sekolah
    • Timbalan Press Badan Dakwah
    • Exco Tarbiyah Asrama
  • Di Yaman
    • Ydp Persatuan Pelajar Malaysia Yaman PERMAYA (Cawangan Hadhramaut)

 

Pencapaian

  • Penulis Ruangan Ulamak Malaysia didalam Majalah QA
  • Wakil Yaman menghadiri Persidangan Pimpinan Pelajar Malaysia di Turki (2017)

 

Bidang Kegemaran

  • Ilmu Tarikh dan Nasab
  • Tasawuf dan Akhlak
  • Fiqh Ibadah